Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kerajaan Pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak

3 posters

Go down

Kerajaan Pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak Empty Kerajaan Pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak

Post  .:Chaos:. 4th April 2009, 00:26

Sila semua berikan pendapat tentang kerajaan baru pimpinan Perdana Menteri Malaysia ke-6 Dato' Seri Najib Tun Razak.

Kerajaan Pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak Najib10

Komen secara profesional...
.:Chaos:.
.:Chaos:.
Administrator
Administrator


Back to top Go down

Kerajaan Pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak Empty Re: Kerajaan Pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak

Post  che gu biase 4th April 2009, 13:42

kakitangan awam akan naik gaji lagi hhuhuhhuhu

che gu biase
Members
Members


Back to top Go down

Kerajaan Pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak Empty Re: Kerajaan Pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak

Post  .:Chaos:. 4th April 2009, 14:38

Berikut ialah transkrip ucapan sulung Perdana Menteri Malaysia ke-6, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang disiarkan secara langsung di TV1 sebentar tadi (Jumaat, 3 April 2009).
Bagi pihak seluruh Rakyat Malaysia, pertama sekali saya merakamkan rasa penghargaan dan ucapkan terima kasih kepada Y.A.Bhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi atas sumbangan khidmat cemerlang sepanjang 31 tahun kepada negara. Begitulah juga komitmen Y.A.Bhg. Tun dalam pengukuhan demokrasi dan institusi penting dalam negara, serta teladan kepemimpinan yang
cukup berhikmah.
Secara peribadi, saya amat berterima kasih atas keyakinan Y.A.Bhg. Tun Abdullah menamakan saya sebagai penggantinya. Saya juga merakamkan ucapan junjungan kasih setinggi-tingginya atas perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melantik saya sebagai Perdana
Menteri dalam istiadat mengangkat sumpah jawatan pagi tadi. Dengan penuh rasa tawaduk dan kerendahan hati, saya menerima amanah tanggungjawab ini untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.

Sesungguhnya seawal usia yang masih muda, dan sepanjang hidup dewasa, telah saya abdikan berkhidmat untuk rakyat. Semua ini lahir, hasil dari inspirasi
dan dorongan serta suri teladan Allahyarham Ayahanda saya. Memang saya tersentuh dan terpanggil untuk meneruskan agenda besar kerajaan untuk membasmi kemiskinan, menstrukturkan semula masyarakat Malaysia, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti untuk semua, serta meniupkan semangat sebuah generasi baru untuk menumpah khidmat kepada Malaysia.

Justeru itulah, sepanjang khidmat awam saya, pentingnya aspek keberhasilan sentiasa ditekankan. Sama ada melalui kemudahan yang lebih selesa bagi para pendidik, meningkatkan kualiti hidup para perwira tanah air, mahupun dalam memperkasakan ekonomi bagi memelihara kesejahteraan
rakyat di saat kita menghadapi cabaran ekonomi global.

Dalam waktu terdekat ini, saya akan bertukar-tukar pendapat dengan pelbagai lapisan pemimpin masyarakat dari seluruh negara dalam menentukan keutamaan kerajaan. Dalam hal ini, saya amat menyedari bahawa kita perlu mengambil manfaat dari kejayaan kini dan beriktibar pula dengan
pengajaran masa lalu.

Pada asasnya, kepimpinan yang bakal diwujudkan wajar membawa pendekatan baru, bagi menempa sebuah zaman baru, demi menjelmakan sebuah kerajaan
yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan rakyat.

Rakyat diutamakan akan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik di setiap pelosok tanah air. Tidak ada sesiapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada wacana nasional. Kita akan rapatkan hubungan Rakyat dan Kerajaan dari dikelirukan dan
diperdaya oleh permainan muslihat politik.

Dalam hal ini, potensi golongan anak muda akan kita bangunkan setinggi-tingginya. Kita percaya merekalah generasi pewaris bakal pendidik, doktor, peguam, akauntan, saintis, jurutera, tokoh
perniagaan, cerdik pandai dan saf pemimpin masa depan.

Maka dengan itu, pada hari yang bersejarah ini saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela
untung nasib rakyat.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengumumkan bahawa pihak kerajaan akan menarik balik larangan penerbitan sementara bagi dua surat khabar serta membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkuat kuasa serta-merta. Proses kajian semula terhadap Akta ISA akan
juga dimulakan.

Saya sedar sudah tepat masanya kita mengambil langkah-langkah demikian untuk mengukuhkan lagi keyakinan rakyat terhadap pihak yang berwajib atas soal keselamatan negara serta mengembalikan keutamaan kita untuk menangani ancaman-ancaman yang dianggap berbahaya dan munasabah. Kementerian Dalam Negeri akan memberikan butir-butir selanjutnya
selepas ini.

Atas segalanya, saya menyedari bahawa sekarang adalah masa yang cukup mencabar bagi setiap warga. Saya komited memastikan kepimpinan terus berdiri teguh bagi menghadapi krisis ekonomi yang kini melanda seluruh dunia termasuk di negara kita. Saya akan tetap berpegang kepada iltizam untuk memenuhi keperluan, kepentingan dan aspirasi setiap warga
Malaysia.

Dengan ini, saya mengajak seluruh warga untuk sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat, "Satu Malaysia, Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Saya panjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya terus dikurniakan kekuatan, kemudahan serta hikmah dalam menjalankan amanah besar ini. Dengan izin Allah jua, marilah kita memulakan langkah perjalanan hebat ini
bersama-sama.
.:Chaos:.
.:Chaos:.
Administrator
Administrator


Back to top Go down

Kerajaan Pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak Empty Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Post  pseudon 15th April 2009, 10:50

Pencapaian Diutamakan...
So, output n outcome tu yang penting... nak dapat benda ni kena pastikan bebudak kat sekolah cemerlang, nak bdak cemerlang kena yang lain-lain tu cemerlang... tak dapat semua A pun, masalah disiplin berkurangan tak apa dah.
Guru berkumpul bincang tentang idea, tu salah satu ciri budaya cemerlang, kalau berkumpul bincang tentang isu... pk la sendiri.
Gaji naik??.. mintak-mintaklah.. sebab berdasarkan kajian, di Malaysia ni bertambahnya golongan menengah yang miskin...

pseudon
User
User


Back to top Go down

Kerajaan Pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak Empty Re: Kerajaan Pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum